Sabtu, 23 November 2013
SOLAT WANITA YANG MENGALAMI KEPUTIHAN….
Masalah keputihan merupakan lumrah bagi setiap wanita.Cecair yang keluar dari faraj wanita seringkali menimbulkan kerungsingan,jika keadaan ini dibiarkan melarat pelbagai masalah yang meninmpa.
Sifat serta banyaknya keputihan wanita menunjukan sebab mengapa inya berlaku.Selain itu petunjuka lain juga penting tempoh ia berlaku,sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja,warna bau dirasai gatal ataupun sebaliknya.
Perkara yang paling ditakutiaialah jangkitan kuman(VENERAL DISEASE) seperti SYPHLIS dan GONORRHOEA izitu penyakit yang berhubung kait dengan seks.Risiko yang paling ditakuti wanita ialah boleh menyebabkan KANSER pada bahagian peranakan iaitu KANSER SERVIK.
Bagi gadis-gadis sunti yang BELUM BERKAHWIN membawa persoalan ancaman kesuburan pada masa akan datang.
:) KEPUTIHAN
Keputihan ialah lendir atau cecair yang keluar megalir dari system peranakan wanita sehingga berlaku kelembapan atau kebasahan pada bahagian faraj.
Mengikut IMAN NAWAI dalam kitab MAJMU’ keputihan ialah cecair campuran mazi dan peluh.Lendir keputihan yang keluar megalir dari kemaluan tidak semestinya serangan penyakit.Lazim ia perkara normal yang berlaku kepada wanita.Sesetengah kes lelehan lendir ini berlaku secara TIDAK NORMAL.
Lendir yang keluar dari faraj terhasil dari sel-sel dan kilang-kilang khas di pangkal rahim.Lendir ini berfungsi sebagai pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj,tanpa lendir tersebut sel-sel dan saluran faraj megalami kekeringan,melecet serta kecederaan ketika berjalan dan pengeran yang pedih ketika bersetubuh.Oleh sebab itu WANITA YANG PUTUS HAID megalami masalah seperti keperitan sakit sewaktu bersetubuh dan ketidakselesaan ketika bersetubuh.
Lendir faraj mempunyai peranan penting ketika persetubuhan pengeluaran akan bertambah banyak ketika wanita naik syahwat dan sedang bersetubuh.Dalam keadaan inilendir tersebut terhasil daripada liang-liang lendir khususnya yang terletak di bibir faraj.
Pengeluaran lendir berlebihan boleh berlaku kepada GADIS yang belum berkahwin yang sedang di lamun cinta atau keadaan syahwatnya tinggi.
Pnagkal rahim(cervix) turut mengeluarkan lendir antara fungsinya membekalkan makanan dan tenaga kepada sperma lelaki.Kebiasaannya sperma hanya mampu bertahan dan hidup di antara 24-48jam sebelum disnyawakan.Benih-benih lelaki yang bercantum atau bergabung di dalam lendir pangkal rahim mampu bertahan lebih lama.Maka menjadikan peluang wanita mengandung cukup tinggi.
Pengeluaran lendri dari faraj banyak dipegaruhi dari paras perubahan hormone estrogen dan progesterone di dalam darah wanita.Perubahan hormon-hormon ini akan mempengaruhi bilangan kilang-kilang dan akan membesarkan saluran kilang tersebut kenaikan paras hormone akan menambahkan lagi pengeluran lendir daripa dinding farajdan pangkal rahim.
Keadaan ini sering berlaku kepada wanita hamil ektika ini kandungan hormonn estrogen dan progesterone meningkat mendadak dan seringkali menyebabkan lelehan lendir berlebihan daripada biasa.
Begitu juga bagi wanita yang mengamalakn pil perancang keluarga.Pil tersebut mengandungi hormone estrogen dan progesterone .
Wanita yang sedang mendapatkan rawatan dengan ubat-ubatan hormone seperti penyakit endometriosis kadangkala megalami masalah sama iaitu aliran keputihan yang banyak.
:) PUNCA-PUNCA KEPUTIHAN
1.Jangkitan kuman seperti bacteria vaginosis atau kulat Trichomoniasis dan Candida Albican
2.Hamil
3.Pil perancang keluarga
4.Pengambilan ubat-ubatan untuk rawatan yang melibatkan hormone seperti rawatan untuk penyakit ENDOMETRIOSIS
5.Vaginitis atropik yang timbul di wakyu usia lanjut(MONOPAUSE) dengan kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kekurangan hormone estrogen
6.Ubatan-ubatan seperti antibiotic yangmengandungi estrogen
7.Kehadiran benda asing seperti benang,kain atau benda lain secara sengaja tau tidak berada di dalam vagina
8.Ganguan yang mencengkam jiwa sama ada terlalu sedih,gembira tau syahwat.
:) KEPUITAHAN YANG SUCI
Iaitu keputiahan normal yang dialami wanita tidak meleleh keluar dari faraj dan warnya jernih seperti air liur yang sentiasa berada di dalam mulut.Ianya tidak berbau dan lendir tersebut tidak berlebihan di dalam rongga faraj ketika ini fungsinya sebagai pelindung semulajadi untuk megurangkan geseran pada dinding faraj ketika bersetubuh.
Keputihan sebigini disifatkan sebagai keputihan suci.
:) KEPUTIHAN YANG NAJIS
Serangan keputihan jenis ini memerlukan pemakaianan panty liner hamper sepanjang masa.Ia terbahagu kepada dua jenis:-
a)KEPUTIHAN SEDERHANA
-Iaitu faraj mengeluarkan lendir pada kadar yang agak berlebihan dengan meleleh keluar dari terowong system peranakan
b)KEPUTIHAN KRITIKAL
-Iaitu faraj melelehkan lendir pada kadar terlalu banyak sehingga adakalanya mengalir keluar.Terdapat perubahan lendir sehingga warnaya bertukar(KUNING-KEKUNINGAN SHINGGA HIJAU,COKLAT ATAU BERCAMPUR DARAH) berbau tidak enak dan rasa gatal-gatal pada faraj dalam keadaan lebih teruk,faraj menjadi bengkak atau luka.
Antara factor utama yang menyebabkan keputihan najis berlaku ialkah jangkitan kuman.Bakteria seperti Vagionsis atau kulat seperti TRICHOMONIASIS dan CANDIDA ALBICAN menyerang system peranakan dan kemaluan wanita .Bakteria dan kulat ini boleh merebak keseluruh badan danmampu menyerang organ-organ penting tubuh wanita itu yang boleh membawa kepada PENYAKIT KANSER SERVIK dan lain2.
:) :) HUKUM KEPUTIHAN
Sebarang cecair atau lendir yang keluar dari qubul(kemaluan) dan dubur dikira najis kecuali air mani.Mereka yang mengalami keputihan dikira sedang berhadas dan perlu bersuci dengan mengankat hadas kecil apabila hendak menunaikan ibadah solat.
Berbeza dengan keluarnya air mani yang dikira seseorang berhadas besar perlu mandi wajib untuk bersuci .hakikatnya air mani itu sndiri iailah suci.Oleh itu setiap cecair lendir ataupepejal yang keluar (kecuali air mani)daripada faraj hukumnya ialah najis sama ada ianya berbnetuk:-
i)Qasah al baido-cecair seperti benang putih yang keluar daripada faraj pada hari terakhir haid.
ii)Mazi-Cecair lembut jernih dan likat yang keluar daripada kemaluan tanpa memancut ketika syahwat.
iii)Wadi-Cecair lembut berawrna putih yang keluar selepas kencing atau keletihan
iv)Atau pun campuran cecair dinyatakan seperti di atas.
Dalam hal ini keputihan dikelaskan di dalam kategori
najis mutawassitah iaitu najis pertengahan atau sederhana maka ia perlu dicuci mengikut tatacara membersihkan najis mutawasitah iaitu sehingga hilang kesannya bau dan warna.mereka yang mengalami keputihan dikira sedang berhadas kecil dan perlu berwuduk untuk mendirikan solat dan melakukan ibadah lainya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan