(Mohon maaf jika artikel ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuan kami hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat. Tidak lebih daripada itu. Terima Kasih.)
SEKS SEMASA HAMIL.
untuk pengetahuan
semua,seks semasa hamil memang digalakkan sangat-sangat.haaa sebabnye tau
tak..lebih -lebih lagi bile nak dekat masa bersalin,lagi digalakkan.sebabnye
seks semasa hamil,akan membuka ruang rahim dengan maxsimum. Kajian telah
membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran
pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu
kajian menunjukkan
wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang
cenderung mengalami pelahiran pramatang.
TIDAK MERBAHAYAKAN
BABY KE SEMASA LAKUKAN SEKS?
Anda tidak akan
membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat
mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion
dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak
bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam
kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.
Hubungan seks tidak
membahayakan kandungan isteri kerana adanya selaput, lendiran dari serviks ibu
(mulut rahim) yang membantu melawan kuman atau infeksi berbahaya yang akan
memasuki kawasan pintu rahim. Secara semulajadi, Tuhan telah menciptakan suatu
perlindungan kepada kandungan isteri yang hamil. Bayi yang berada dalam
kandungan dilindungi dengan perut yang kuat, bayi berada dalam ruang rahim dan
cairan ketuban serta otot rahim bagi melindunginya semasa proses kehamilan
1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk di atasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.
3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
4. Posisi berlutut atau berdiri.
Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil. Hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.
Tetapi jangan pula meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh, anda boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan