Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan
suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan
aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan
kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya
dengan benar dan sesuai aturan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa
Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan
kepadanya Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama
penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan
merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing
berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud
maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing
yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini
terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis
dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas
besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang
air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang
mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari
sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing
berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid
kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin,
kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan
kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di
kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan
memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara
ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan
sekitar otot zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana
masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia
berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu
karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan
oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan
akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan
dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika
itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang
menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu
karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya:
“Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan
tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau
bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun
bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu
domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air
kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi
dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah
kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga
pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim
No.439)
Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas
Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di
tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia
(kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:
1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak
terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi
penyebab batu karang mahupun lemah syahwat
2. Menggunakan alas kaki
Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar
mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui
tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang
panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak
yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak
sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di
dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran
kebesihan.
3. Masuk kamar mandi
/bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga
disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar
bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk
masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan
kaki kiri.
4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri
Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air,
bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika
dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan
air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat
adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut.
Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari
tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan
& minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan
yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan &
minum dengan tangan kiri.
5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air
Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu
rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas
syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni
a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu
dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.
Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang didapati
berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan
ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air,
baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat
tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan
sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai.
Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah
selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.
6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi
kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air
badan agak diserongkan sedikit
Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita
ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air
beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah.
Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
Wallahualam,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan